Semasa @ Puteri 171 - Banci Penduduk & Perumahan 2010





1. PENGENALAN

Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia merupakan satu pembancian semua tempat kediaman dan penduduk di seluruh negara. Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2010 adalah banci kelima yang akan dijalankan sejak tertubuhnya Malaysia pada tahun 1963. Banci dijalankan mengikut peruntukan yang terkandung dalam Akta Banci 1960 (Disemak 1969). Akta Banci mewajibkan orang awam menjawab semua soalan banci dan akta ini menjamin bahawa maklumat individu adalah sulit dan tidak akan dihebahkan.

Banci yang lalu telah dijalankan pada tahun 1970, 1980, 1991 dan 2000. Pelaksanaan Banci 2010 telah diluluskan oleh kabinet dalam Mesyuarat Jemaah Menteri bertarikh 22 April 2009 dengan peruntukan sebanyak RM200.2 juta bagi tahun 2010. Banci kelima ini akan dilaksanakan pada Julai 2010.

Data yang dikumpul semasa Banci Penduduk dan Perumahan 2010 akan membekalkan satu set maklumat berstatistik yang komprehensif mengenai arah aliran dan corak ciri-ciri isi rumah dan penduduk. Data dan penemuan penting mengenai stok perumahan, jenis dan corak pemilikan juga diperoleh. Maklumat ini dapat membantu dalam perancangan, penggubalan dan pelaksanaan polisi oleh Kerajaan dan digunakan oleh para penyelidik dan individu lain.


2.OBJEKTIF

Objektif Banci diadakan antaranya ialah untuk:

a) Mengumpul maklumat perangkaan yang menyeluruh berkaitan penduduk dan perumahan negara.

b) Menyediakan maklumat yang meluas tentang:

  • Bilangan penduduk dan isi rumah serta ciri-ciri demografi, sosial dan ekonomi; dan
  • Bilangan tempat kediaman mengikut jenis, ciri dan kemudahan asas yang sedia ada.

c) Menyediakan data asas penduduk dan perumahan di pelbagai peringkat geografi sehingga kekawasan yang kecil;

d) Mendapatkan maklumat terperinci berkaitan migrasi dalaman dan antarabangsa untuk melihat pola migrasi;

e) Asas kepada penyediaan geran daripada Kerajaan Pusat kepada Kerajaan Negeri; dan

f) Input kepada anggaran dan unjuran penduduk semasa


3.TEMPOH

Tempoh pembancian akan mengambil masa selama dua bulan iaitu bermula dari 6 Julai hingga 22 Ogos 2010

Sumber: www.statistics.gov.my



BERIKUT MERUPAKAN BILANGAN PENDUDUK SABAH BERDASARKAN BANCI PENDUDUK & PERUMAHAN 1991 & 2000.

Persoalan;

1. Berapakah mendadak jumlah penduduk?

2. Majoriti kaum yang ada?

~apapun kita nantikan laporan yang bakal menyusul daripada Jabatan Perangkaan Malaysia

1 ulasan:

  1. amat menyedihkan apabila angka hanya tatapan saja...bayangkan bangsa asing ada lebih 600,000 dan merupakan suara majoriti....hebahkan pada pemimpin kamu kerana ini masa depan anak-anak tempatan asal..

    BalasPadam