Sarjana @ Puteri 171- Sejarah Perkembangan Politik Sabah

Dalam menyelusuri perkembangan politik di negeri ini, Sarjana Puteri berpendapat bahawa ramai yang arif dan pintar tentang fenomena yang berlaku ketika ini. Namun adakah kita pernah terfikir tentang bagaimana perkembangan politik negeri di bawah bayu ini? Siapa terlibat? Kawasan tumpuan? & sebagainya. Sarjana Puteri 171 ingin berkongsi buah fikiran yang ada, untuk dimanfaatkan bersama-sama.


Dalam memahami politik secara amnya di negeri Sabah pilihanraya telah dijalankan sebanyak 11 kali bermula dari tahun 1963 (tidak ada pertandingan atau proses pilihanraya) sehingga tahun 2004 yang melibatkan 10 kali pertandingan pilihanraya kecuali pilhan raya pertama iaitu mencatatkan kemenangan tanpa tanding bagi Parti Sabah Alliance. Tahun-tahun berlangsungnya pilihanraya DUN Sabah adalah pada 1967, 1971, 1976, 1981, 1985, 1986, 1990, 1994, 1999, dan 2004 (Milne & Milne, 2004).


Melalui 11 kali pilihanraya yang telah berlangsung bagi DUN Sabah termasuk pilihanraya pertama, terdapat empat (4) kali perubahan persempadanan). Perubahan yang amat ketara dalam persempadanan adalah dari segi pertambahan jumlah kerusi yang dipertandingkan. Secara keseluruhannya, dalam senario politik di Sabah, isu yang penting dalam pilihanraya lebih menjurus kepada isu etnik, sejarah dan budaya yang sememangnya berbeza (Francis Loh Kok Wah & Johan Saravanamuthu, 2003).


Jumlah Kerusi Yang Dipertandingkan Pada Pilihanraya Dewan Undangan Negeri Sabah, 1963 – 2004

Pilihanraya

Jumlah Kerusi Dipertandingkan

Pilihanraya 1

16

Pilihanraya 2

32

Pilihanraya 3

32

Pilihanraya 4

48

Pilihanraya 5

48

Pilihanraya 6

48

Pilihanraya 7

48

Pilihanraya 8

48

Pilihanraya 9

48

Pilihanraya 10

48

Pilihanraya 11

60

Sumber: Dipetik dan diubahsuai daripada www.dun.sabah.gov.my & Francis Loh Kok Wah, 2000



Keseluruhan petikan adalah diubahsuai daripada;

Sarjana Geopolitik. Pola Persempadanan & Analisis Ruangan Politik Sabah, UMS, 2009.

Milne, & Milne 2004. Politics and Government in Malaysia. Singapore: Federal Press

Francis Loh Kok Wah & Johan Saravananmuthu. 2003 New Politics in Malaysia. Singapore: Institute of Southeast Asia Study


Tiada ulasan:

Catat Ulasan