Sarjana @ Puteri 171- Sejarah Perkembangan Politik Sabah

Dalam menyelusuri perkembangan politik di negeri ini, Sarjana Puteri berpendapat bahawa ramai yang arif dan pintar tentang fenomena yang berlaku ketika ini. Namun adakah kita pernah terfikir tentang bagaimana perkembangan politik negeri di bawah bayu ini? Siapa terlibat? Kawasan tumpuan? & sebagainya. Sarjana Puteri 171 ingin berkongsi buah fikiran yang ada, untuk dimanfaatkan bersama-sama.


Dalam memahami politik secara amnya di negeri Sabah pilihanraya telah dijalankan sebanyak 11 kali bermula dari tahun 1963 (tidak ada pertandingan atau proses pilihanraya) sehingga tahun 2004 yang melibatkan 10 kali pertandingan pilihanraya kecuali pilhan raya pertama iaitu mencatatkan kemenangan tanpa tanding bagi Parti Sabah Alliance. Tahun-tahun berlangsungnya pilihanraya DUN Sabah adalah pada 1967, 1971, 1976, 1981, 1985, 1986, 1990, 1994, 1999, dan 2004 (Milne & Milne, 2004).


Melalui 11 kali pilihanraya yang telah berlangsung bagi DUN Sabah termasuk pilihanraya pertama, terdapat empat (4) kali perubahan persempadanan). Perubahan yang amat ketara dalam persempadanan adalah dari segi pertambahan jumlah kerusi yang dipertandingkan. Secara keseluruhannya, dalam senario politik di Sabah, isu yang penting dalam pilihanraya lebih menjurus kepada isu etnik, sejarah dan budaya yang sememangnya berbeza (Francis Loh Kok Wah & Johan Saravanamuthu, 2003).


Jumlah Kerusi Yang Dipertandingkan Pada Pilihanraya Dewan Undangan Negeri Sabah, 1963 – 2004

Pilihanraya

Jumlah Kerusi Dipertandingkan

Pilihanraya 1

16

Pilihanraya 2

32

Pilihanraya 3

32

Pilihanraya 4

48

Pilihanraya 5

48

Pilihanraya 6

48

Pilihanraya 7

48

Pilihanraya 8

48

Pilihanraya 9

48

Pilihanraya 10

48

Pilihanraya 11

60

Sumber: Dipetik dan diubahsuai daripada www.dun.sabah.gov.my & Francis Loh Kok Wah, 2000



Keseluruhan petikan adalah diubahsuai daripada;

Sarjana Geopolitik. Pola Persempadanan & Analisis Ruangan Politik Sabah, UMS, 2009.

Milne, & Milne 2004. Politics and Government in Malaysia. Singapore: Federal Press

Francis Loh Kok Wah & Johan Saravananmuthu. 2003 New Politics in Malaysia. Singapore: Institute of Southeast Asia Study


Puteri 171 - Bowling, Bowling, Bowling

Perlawanan Bowling Persahabatan Pergerakan Puteri UMNO 171 Sepanggar pada 31 Julai 2010, jam 7.30 malam, bertempat di U Bowl, 1 Borneo Kota Kinabalu, Sabah yang turut diberi sokongan daripada Ketua Puteri UMNO Negeri Sabah, Pn. Hjh Musliati Moslimin

Semua ahli Puteri UMNO 171 Sepanggar mengucapkan ribuan terima kasih


Bergambar sebelum acara bermula...

Puteri 171 - Teras 10 UMNO Sepanggar - Kami Sokong

Berikut merupakan teras yang sememangnya perlu ada dan perlu diimplementasikan oleh semua ahli UMNO Sepanggar dalam menjuarai pemikiran rakyat. Oleh yang demikian, teras 10 hendaklah dijadikan pegangan kepada semua dan Pergerakan Puteri 171 Sepanggar merasakan Teras 10 ini mampu menjadi tunjang setiap ahli dan mengukuhkan kedudukan UMNO selain dapat melaksanakan permintaan dan masalah rakyat khususnya di kawasan Sepanggar.

1. MESRA RAKYAT.

2. BERKHIDMAT UNTUK SEMUA.

3. MENDEPANI MINDA RAKYAT

4. SISTEM PENYAMPAIAN BERKESAN.

5. MEMBANGUNKAN EKONOMI RAKYAT.

6. MEMBANGUNKAN MODAL INSAN.

7. MERANCANG PEMBANGUNAN DAN PENYUSUNAN SETINGGAN.

8. KEMUDAHAN PRASARANA BELIA

9. MEMBANTU MEMBENTERAS GEJALA SOSIAL.

10. PENUBUHAN PASUKAN SIAPSIAGA


1 Malaysia,Prestasi DiUtamakan, Rakyat Didahulukan