Puteri 171 - Teras 10 UMNO Sepanggar - Kami Sokong

Berikut merupakan teras yang sememangnya perlu ada dan perlu diimplementasikan oleh semua ahli UMNO Sepanggar dalam menjuarai pemikiran rakyat. Oleh yang demikian, teras 10 hendaklah dijadikan pegangan kepada semua dan Pergerakan Puteri 171 Sepanggar merasakan Teras 10 ini mampu menjadi tunjang setiap ahli dan mengukuhkan kedudukan UMNO selain dapat melaksanakan permintaan dan masalah rakyat khususnya di kawasan Sepanggar.

1. MESRA RAKYAT.

2. BERKHIDMAT UNTUK SEMUA.

3. MENDEPANI MINDA RAKYAT

4. SISTEM PENYAMPAIAN BERKESAN.

5. MEMBANGUNKAN EKONOMI RAKYAT.

6. MEMBANGUNKAN MODAL INSAN.

7. MERANCANG PEMBANGUNAN DAN PENYUSUNAN SETINGGAN.

8. KEMUDAHAN PRASARANA BELIA

9. MEMBANTU MEMBENTERAS GEJALA SOSIAL.

10. PENUBUHAN PASUKAN SIAPSIAGA


1 Malaysia,Prestasi DiUtamakan, Rakyat Didahulukan

Puteri 171 - Juara Rakyat

Untuk Makluman,
Setiap penyelarasan aktiviti peringkat UMNO Sepanggar adalah melibatkan Pergerakan Puteri UMNO 171 Sepanggar. Kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang tidak pernah jemu menjemput sama pihak Puteri dalam aktiviti yang dijalankan.

Puteri UMNO Sepanggar merasakan sungguh bertuah kerana di bawah bimbingan pentadbiran UMNO Sepanggar dan boleh dianggap keluarga, dan kami beranggapan bahawa jarang ditemui di peringkat bahagian yang lain.










Puteri 171 - Gelagat Persidangan [More Pictures.. Credit to Naib Ketua Puteri Pn. Aidawati Shamsudin]










Puteri 171 - Mesyuarat Koordinasi & Pengurusan Sepanggar serta Perasmian Persidangan Cawangan-cawangan UMNO Sepanggar secara serentak

Mesyuarat Koordinasi dan Pengurusan Sepanggar diadakan bagi tujuan;
1. Mengajar dan membantu memperbaiki tatacara dalam persdiangan cawangan
2.Menjelaskan Peranan KK, JKKK, KAN, PKR dalam melaksanakan tugasan harian mereka secara lebih teratur & sistematik

Seseuatu yang penting adalah mesyuarat ini sudah mampu mengajar semua tentang prosedur yang betul dalam pelaksanaan tanggungjawab masing-masing. Selain itu, dalam kesempatan yang ada, ruang diisi dengan perasmian serentak mesyuarat cawangan-cawangan UMNO Sepanggar.

Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Timbalan Ketua UMNO Sepanggar, En. Yakub Khan dan dibantu oleh Setiausaha, En. Mohd. Razali Hj. Razi. AJK Pelaksana dibantu secara terus oleh AJK Bahagian, Ahli Pergerakan Pemuda & juga ahli Pergerakan Puteri UMNO.

Ucapan Perasmian yang Ikhlas dan berkobar-kobar oleh KB UMNO Sepanggar,
En. Jumat Hj. Idris

Ucapan daripada Pengerusi Penyelaras Mesyuarat
TKB UMNO Sepanggar, En. Yakub Khan

Penuh bersemangat.
Sebahagian daripada peserta yang hadir

Khusyuk.. peserta menampakkan kesungguhan yang ada.

Penceramah yang membincangkan Sessi 2.

Penceramah Sessi 1: Cukup bersemangat & Berketrampilan dalam setiap hujahan dan penerangan yang diberikan


Penceramah Sessi 2: menunjukkan salinan tugasan dan tatacara kerja yang perlu dipatuhi dan telah ditanggungjawabkan kepada yang telah dilantik.

Gambar Kenangan:
Ketua Puteri, AJK & Ahli-ahli yang terlibat serta sebagai peserta dan jawatan kuasa pelaksana Mesyuarat berkenaan bersama dengan KB, TKB, NKB, Ketua Wanita & Ketua Pemuda

Puteri 171 - Persidangan Perwakilan UMNO Sepanggar 2010

Persidangan Perwakilan UMNO Sepanggar mencatat kenangan manis, buat kali pertamanya dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri. Pergerakan Puteri UMNO 171 Sepanggar amat berbangga & berbesar hati dengan keluangan masa Tan Sri Timbalan Presiden UMNO merasmikan Persidangan berkenaan.

Bagi Pihak Keselurahan Pergerakan Puteri UMNO 171 Sepanggar, kami mengucapkan tahniah kepada jawatankuasa persidangan yang diketuai oleh Naib Ketua UMNO Sepanggar, Pn. Hjh Zaitun.

Ketua UMNO Sepanggar bersama-sama Tan Sri Muhyidin, Datuk Masidi & Datuk Arifin di barisan hadapan. Barisan belakang adalah TKB, NKB, Ketua setiap sayap-sayap UMNO & AJK Tertinggi UMNO Sepanggar.

Tan Sri Muhyidin memeriksa barisan hormat yang terdiri juga daripada kalangan ahli Puteri UMNO 171 Sepanggar

Kelihatan Ketua Puteri bersama KB, TKB, NKB & Ketua Pemuda sejjurus kehadiran TPM

Barisan Kepimpinan utama UMNO Sepanggar
Dari Kiri; En. Mohd Razali Hj. Razi [Setiausaha], Datuk Hjh. Jainab DSP Ahmad [Ketua Wanita], Pn. Aziah Atoh [Ketua Puteri], Pn. Hjh Zaitun DSP Kassim [Naib Ketua Bahagian], En. Yakub Khan [Timbalan Ketua Bahagian], En. Jumat Hj. Idris [Ketua Bahagian] & En. Mohd. Joh Hj. Wid [Ketua Pemuda]

KB sedang berucap semasa perasmian

Ahli pergerakan Puteri UMNO 171 Sepanggar yang diketuai oleh Naib Ketua Pn. Aidawati Shamsuddin bergambar kenangan bersama Pn. Naib Ketua Bahagian serta ahli Pemuda & Wanita

Puteri 171 - Aktiviti selepas Bersidang ...

Sebahagian daripada ahli Puteri 171 Sepanggar
sebenarnya, aktiviti dijalankan setelah bersama-sama menyelesaikan tugasan pembersihan dewan yang digunakan semasa bersidang. Aktiviti dilakukan secara mengejut oleh Ketua Puteri 171 Sepanggar, Pn. Aziah Atoh.

Bagi ahli atau perwakilan yang tidak ada pada aktiviti ini, diharap tidak berkecil hati dan kita semua mengharapkan ada lagi aktiviti yang serupa pada masa lain.
.
.
.
.
.
.
.

Tugasan Pembersihan Dewan
Peti Undi, Penanda Nama & Lapik hiasan meja perlu disimpan semula
Boleh digunakan utk persidangan akan datang :)

Petugas & Perwakilan yang turut sama membersihkan dewan
.
.
.
.
.
.

Lokasi: Pizza Hut, 1 Borneo

Ketua Puteri & Sebahagian ahli
.
.
.
.
.

Gelagat yang ada...





Puteri 171 - Persidangan Puteri UMNO Sepanggar 2010 - Perasmian Serentak bersama Wanita - Terima Kasih YB. Datuk Hjh. Jainab DSP Ahmad.

Barisan ahli Puteri 171 Sepanggar bersama Ketua Wanita, Datuk Hjh. Jainab DSP Ahmad

Sebahagian ahli Puteri bergerak untuk perasmian.

Sebelum bermula, terima kasih buat wakil Pergerak Puteri UMNO Sabah...

Berikut adalah koleksi gambar semasa perasmian serentak mesyuarat Pergerakan Wanita & Puteri UMNO Sepanggar yang selamat dirasmikan oleh Y.Bbhg. En. Jumat Hj Idris, Ketua UMNO Sepanggar. Jutaan Terima Kasih juga kepada Timbalan Ketua UMNO Sepanggar, En. Yakub Khan, Naib Ketua UMNO Sepanggar, Hjh. Zaiton, Setiausaha UMNO Sepanggar, En. Mohd. Razali Hj. Razi

Sokongan dan bantuan daripada AJK Tertinggi UMNO Sepanggar, Pergerakan Pemuda UMNO Sepanggar, ahli-ahli yang terlibat dan semua pihak secara langsung atau tidak.


AJK Tertinggi Pergerakan Wanita, Puteri bersama-sama Ketua UMNO Sepanggar, TKB, NKB, S/Usaha & Wakil Pergerakan Wanita & Puteri Negeri Sabah.

Bersama-sama menyanyikan lagu Negaraku, Sabah Tanah Airku, UMNO, Wanita, Puteri & Barisan Nasional

Ucapan Perasmian KB

Ketua Pergerakan Wanita & Puteri sentiasa bergandingan

Ketua Puteri antara penerima anugerah daripada Pergerakan Wanita UMNO Sepanggar

Acara pada majlis, sambutan hari jadi ahli yang lahir pada Julai

Pembaca Usul

Setiausaha yang sibuk